DIY SOAP DISH

Sorry, we are out of stock
VIDEO
DETAILS

Kandungan DISH SOAP KIT :
20g serbuk NaOH
Pewarna ungu (campuran mica pigment & glycerin)
Pewangi lavender
Lavender buds
Bekas isian sabun

Cara penyediaan :
1. Cecair NaOH (masukkan 20g serbuk NaOH yang diberikan ke dalam 40g air mineral/air tapis). Kacau sehingga larut & biarkan sejuk hingga suhu bilik.
2. Masukkan cecair NaOH yang telah sejuk ke dalam 134g minyak masak terpakai.
Pastikan minyak masak terpakai telah ditapis untuk buang serdak-serdak makanan.
3. Kacau sampai pekat dengan hand mixer / manual beater.
4. Masukkan pewarna & pewangi - kacau lagi sampai pekat sampai jadi seperti kepekatan campuran kek sebelum dimasukkan dalam bekas.
5. Hias ikut kreativiti anda.
6. Jangan tutup & biarkan sabun mengeras pada suhu bilik.
7. Tunggu sehingga 3 minggu untuk 'curing' sebelum digunakan.

PHOTOS
back to top ⤴